Ahad, 26 Februari 2012

Masjid Al-Ulum, Kampung Bukit Bangkong, Sepang.





Assalamualaikum...

Tengah hari hingga awal petang semalam aku menemani bapa mertuaku menghantar kad jemputan majlis perkahwinan adik ipar aku yang akan berlangsung pada 4 Mac 2012 ke sekitar pekan Sepang, Sungai Pelek, dan Kampung Bukit Bangkong. Kami singgah di masjid ini untuk menunaikan solat Zohor.

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama aku ke masjid ini cuma dah agak lama tak ke sini. Masjid Al-Ulum ini telah memenangi tempat kedua untuk Anugerah Masjid Terbaik daerah Sepang tahun 2011. Secara kebetulan Nazir dan Timbalan Nazir masjid ini memang aku kenal rapat iaitu Ustaz Haji Miskam (yang dulu pernah menjadi Ketua Guru di SRA Kampung Salak Tinggi) dan Ustaz Haji Mahad Jais (pernah menjadi rakan sebilik semasa berkursus di Uniten). Kami selalu berjumpa di majlis anjuran Pejabat Agama Islam daerah Sepang.

Apa-apa pun sekalung tahniah buat semua Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah masjid ini yang berjaya memenangi tempat kedua Masjid Terbaik daerah Sepang.

Sabtu, 25 Februari 2012

Minum pagi


Assalamualaikum...

Agak lama blog ini tidak bertulis apa-apa. Kesibukan kerja menyebabkan laman blog ini kurang dikemaskini. InsyaALLAH penulis akan cuba sedaya upaya menulis di sini selagi termampu.

Sarapan pagi? Hampir pasti semua manusia di muka bumi ini akan bersarapan pagi. Tak kiralah apa juga sarapan yang dimakan ianya berfungsi sebagai penambahan tenaga kita selepas tidur semalaman. Yalah, kalau tak sarapan nanti mesti rasa laparkan?

Gambar capati ni aku ambil minggu lepas masa bersarapan pagi dengan abah angkat aku di restorannya. Kebiasaannya selepas solat subuh di masjid abah angkat aku tu akan mengajak aku bersarapan sekali dan capati + kopi panas adalah menu yang biasa dinikmati. Alhamdulillah... Semoga bertambah murah rezeki abah angkat aku ni.