Selasa, 1 Jun 2010

Apa ke benda Lot 1766 tu?



Lot 1766? Lot tanah kat mana tu. Hahahahahahahahahahaha....

Sebenarnya, itulah nombor lot tanah rumah kedua ibu bapaku yang terletak di Kampung Salak Tinggi, Sepang. Aku mulanya buntu apa nama nak digunakan masa sign in blog ni dan secara tiba-tiba aku terbaca nombor lot tanah orang tuaku. Terus aku gunakan nombor lot tu sebagai nama blog aku.

Rumah ni terletak di tepi jalan dari arah Bandar Baru Salak Tinggi ke Sepang/PD atau LCCT/Kargo. Jadi memang sentiasa sibuklah dengan kenderaan yang tak putus-putus bertali arus baik siang mahupun malam. Ingat lagi masa aku kecil, jalan depan rumah ni siap boleh baring-baring lagi. Tapi nak buat macam mana. Inilah dinamakan pembangunan yang selari dengan terbinanya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur @ KLIA.

Semoga rumah ini akan terus berdiri kukuh di atas tanah lot 1766 ni walaupun telah beberapa kali rumah ini dilanda banjir kilat.

*** Masa aku kecil dulu tapak rumah ni adalah dusun durian arwah atuk aku. Aku selalu menemankan atuk tidur di pondok sambil menunggu durian gugur.


Senjakala...


Senjakala mula menjelma tatkala siang bertukar menjadi malam. Tidak dinafikan aku suka mengambil gambar matahari terbenam apabila berkesempatan berada di tepi laut.
Gambar ini diambil semasa aku menghadiri kursus di Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS), Sabak Bernam pada 10 dan 11 Mei yang lepas. Kesempatan yang ada pada petang tu terus aku shoot matahari terbenam di pantai Sungai Lang yang terletak di belakang ILDAS ni. Tidak tergambar dengan kata-kata apabila melihat keindahan ciptaan ILAHI yang Maha Agung ini. Tambahan lagi semasa aku mengambil gambar ini kedengaran sayup-sayup bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari surau ILDAS. Terasa benar diri ini kerdil dan ternyata kita sebagai hambaNYA haruslah sentiasa merendahkan diri kepadaNYA.
Peralatan yang digunakan ialah Canon EOS 500D dan lens 18-55 mm f/3.5-5.6 IS. Settingnya pula ISO 200, shutter speed 1/100, aperture f/16, Auto White Balance, focal length 18mm.
Pada 22-24 Jun 2010 nanti InsyaALLAH aku akan ke sini lagi untuk menjadi urusetia kepada satu kursus Falak anjuran Jabatan Mufti Negeri Selangor. Sekiranya berksempatan pasti aku akan ambil lagi gambar matahari terbenam ini.

Isnin, 31 Mei 2010

Assalamualaikum dan salam perkenalan


Assalamualaikum dan salam perkenalan buat semua blogger semua.

Salam perkenalan daripada saya Ahmad Mahfiz bin Haji Nordin untuk anda semua. Semoga pembaca semua akan mendapat manafaat daripada apa yang saya tulis di sini. Semuanya lahir dari hati saya yang jujur dan ikhlas.

Terima kasih.