Selasa, 1 Jun 2010

Senjakala...


Senjakala mula menjelma tatkala siang bertukar menjadi malam. Tidak dinafikan aku suka mengambil gambar matahari terbenam apabila berkesempatan berada di tepi laut.
Gambar ini diambil semasa aku menghadiri kursus di Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS), Sabak Bernam pada 10 dan 11 Mei yang lepas. Kesempatan yang ada pada petang tu terus aku shoot matahari terbenam di pantai Sungai Lang yang terletak di belakang ILDAS ni. Tidak tergambar dengan kata-kata apabila melihat keindahan ciptaan ILAHI yang Maha Agung ini. Tambahan lagi semasa aku mengambil gambar ini kedengaran sayup-sayup bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari surau ILDAS. Terasa benar diri ini kerdil dan ternyata kita sebagai hambaNYA haruslah sentiasa merendahkan diri kepadaNYA.
Peralatan yang digunakan ialah Canon EOS 500D dan lens 18-55 mm f/3.5-5.6 IS. Settingnya pula ISO 200, shutter speed 1/100, aperture f/16, Auto White Balance, focal length 18mm.
Pada 22-24 Jun 2010 nanti InsyaALLAH aku akan ke sini lagi untuk menjadi urusetia kepada satu kursus Falak anjuran Jabatan Mufti Negeri Selangor. Sekiranya berksempatan pasti aku akan ambil lagi gambar matahari terbenam ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan