Apabila berbicara tentang fotografi, waktu matahari terbenam sememangnya menjadi kegemaran aku dan sekiranya berpeluang berada di tepi pantai pada waktu tersebut pasti suasana itu akan dirakamkan sebagai kenangan terindah.
Gambar ini diambil di pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO), Sabak Bernam. Aku berkesempatan ke sini semasa menghadiri kursus Pengurusan Kewangan Cemerlang daerah Hulu Langat, Sepang, dan Kuala Langat di Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS) pada bulan Jun lepas. Pantai BNO ini telah dibangunkan sebagai pusat rekreasi dan sesuai untuk dijadikan kawasan berehat walaupun pantainya tidak boleh mandi.
Kamera: Canon EOS 500D
ISO: 100
Jarak fokal: 21mm
F-stop: f/16
Metering mode: Spot
White balance: Auto
Tiada ulasan:
Catat Ulasan