Lama juga blog ini tidak bertulis. Kebanyakannya aku menulis secara ringkas di Facebook ajer. Hari ni tiba-tiba terasa nak kemaskinikan laman blog ni.
Masa aku menulis ni sudah masuk 6 Syawal 1434H. Syawal adalah bulan kemenangan bagi umat Islam setelah kita berjuang dengan penuh tabah sepanjang Ramadhan. Sesiapa pun pasti akan merasa sedih apabila meninggalkan bulan Ramadhan kerana kita belum pasti akan bertemu pada Ramadhan akan datang. Aku sendiri dapat merasakan kesedihan itu tambahan pula pada hari terakhir Ramadhan aku berada di tempat kerja.
Kini Syawal pun menjelma. Pasti kita dapat melihat di sana sini suasana penuh keriangan. Pakaian penuh warna warni, sanak saudara kunjung mengunjungi, bermaaf-maafan sesama kita. Ini semua suasana yang biasa kita lihat apabila Syawal tiba. Semua orang bergembira tidak kira miskin atau kaya, tua atau muda. Aku boleh dikatakan beruntung kerana aku dan isteri sekampung dan tempat kerja aku hanya 15km dari rumah. Jadi memang tak merasalah suasana balik kampung beraya ni.
OKlah permulaan ni tak perlulah aku tulis panjang sangat. Apa-apa pun SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN...
Bersama keluarga mertua di pagi 1 Syawal
Yang ini pulak sebahagian adik beradik aku bergambar dengan keluarga mak Usu kami. Mak Usu ni adalah adik perempuan kepada arwah emak aku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan