Dalam banyak cabang fotografi, subjek yang aku suka 'tembak' selain photojournalist, fotografi jalanan, dan fotografi pengembaraan ialah senibina masjid. Sebenarnya banyak juga gambar-gambar yang aku dah ambil cuma ianya tidak disusun. Ada di dalam thumb drive sana, ada di thumb drive sini. Buat permulaan aku copy paste daripada apa yang pernah ditulis dalam Facebook.
Masjid pilihan aku ini ialah MASJID DIRAJA SULTAN ALAEDDIN, KAMPUNG BANDAR, BANTING.
Gambar ni aku ambil semasa nak ke Baitul Hilal Bukit Jugra, Banting untuk buat cerapan rasmi anak bulan Syawal 1431H. Walaupun dah banyak kali aku ke kawasan ni tapi belum pernah lagi singgah di masjid ni dan aku shootlah sedikit gambar. Tapi tulah tak dapat nak shoot banyak dan lama sebab ada kerja lain yang perlu dibereskan dan hujan pun dah mula turun. Memang cantik masjid ni.
Masjid ini telah dibina dalam Kampung Bandar pada tahun 1924 oleh Almarhum Sultan Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa. Masjid ini telah dirasmikan oleh baginda pada tahun 1926. Dan pernah dijadikan Masjid Negeri Selangor pada zaman itu. Ia dibina atas ilham baginda sendiri dan baginda sering membaca khutbah jumaat di masjid ini. Dari segi rekabentuk masjid ini menerima pengaruh dari kerajaan Deli, Medan. Ini berkemungkinan di Sumatera Utara selain daripada ajaran agama islam, unsur-unsur senibina dan sosial masyarakat dari daerah tersebut telah diterapkan pada senibina masjid. (sumber: Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor/PADAT).
Terdapat sedikit perbezaan maklumat yang dinyatakan oleh PADAT dengan yang aku perolehi di masjid ini (rujuk gambar ke-2). Pada makulmat yang dinyatakan itu masjid ini dibina pada tahun 1905 serentak dengan pembinaan Istana bandar yang terletak bersebelahan dengan masjid ini. Apa-apa pun Masjid ini telah pun diwartakan sebagai Monumen Lama dan Tapaktanah Bersejarah di bawah Akta Bendapurba pada tahun 1980.
Bagi aku ini adalah salah satu masjid yang cukup tinggi nilai senibinanya. Kalau aku ada ke sana pasti masjid ini akan menjadi tempat persinggahan untuk menunaikan ibadah solat. Tambahan pula Imam masjid ini memang aku kenal rapat malahan kami pernah menjadi rakan sebilik semasa berkursus di Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS), Sabak Bernam. Selain itu Imam masjid ini sering dipanggil untuk mengiringi bacaan surah Yassin dan tahlil arwah setiap kali Cerapan Rasmi bulan Ramadhan dan Syawal dibuat di Baitul Hilal Bukit Jugra yang terletak kira-kira 5km dari masjid ini.
Rindunya aku dengan masjid ni...
Penerangan mengenai Masjid Diraja Sultan Alaeddin
Pandangan secara keselurahan masjid ini. Masa gambar ini diambil masjid ini baru sahaja dicat baru.
Kubah utama masjid ini. Salah satu keunikan yang ada pada masjid ini ialah kubah utamanya akan dikelilingi dengan kubah-kubah kecil secara bertingkat.
Menara masjid yang kebiasaannya diletakkan pembesar suara untuk didengari oleh penduduk di dalam kariah masjid ini.
Kubah kedua yang diapit dengan empat kubah kecil
Pandangan kubah utama, kubah kedua dan menara masjid serta kubah-kubah kecil
Ruang solat utama yang diambil gambar dari bahagian beranda
Mimbar dan mihrab masjid. Lihat sahaja betapa indahnya mimbar ini dengan seni halus yang cukup halus. Sebenarnya
gambar ni aku ambil dalam gelap. Memandangkan portable flash
tertinggal dalam kereta maka terpaksalah aku gunakan ISO tinggi (3200),
aperture 4.5, dan shutter speed perlahan (0.8"). Tu yang gambar sedikit
goyang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan