Berakhirlah sudah perlawanan di
peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) yang melibatkan 8 pasukan
terbaik Eropah. Seperti yang aku
ramalkan dua kelab dari La Liga (Barcelona
dan Real Madrid) dan dua kelab dari Bundesliga (Bayern Munich dan Borussia
Dortmund) telah pun layak ke peringkat suku akhir.
Aku sebenarnya peminat Bayern Munich tetapi perlawanan yang paling menarik perhatian aku
ialah Borussia Dortmund menentang Malaga. Semasa di peringkat suku akhir pertama di La
Rosaleda, Malaga,
perlawanan berakhir dengan keputusan seri 0-0.
Jadi dilihat Borussia Dortmund
mempunyai kelebihan untuk menang tetapi bila berlangsungnya perlawanan di
Signal Iduna Park, Malaga
telah menjaringkan gol awal di mana ini telah memberikan kelebihan gol lawan kepada
mereka. Malahan Malaga menambah satu
lagi jaringan pada penghujung perlawanan walaupun Dortmund telah menyamakan kedudukan sebelum
tamat separuh masa pertama.
Dengan kedudukan 2-1 memihak
kepada Malaga dan masa sebenar perlawanan telah
pun tamat dilihat sudah pasti Malaga akan layak ke
separuh akhir. Tapi hati kecil aku
berkata yang Dortmund
akan melakukan keajaiban dengan menjaringkan dua gol dalam masa
kecederaan. Seandainya keputusan seri
2-2 Malaga
tetap layak atas tiket peraturan gol di tempat lawan.
Akhirnya apa yang terdetik di
hati kecil aku tu betul-betul menjadi kenyataan. Dua jaringan Marco Reus dan Felipe Santana
pada minit ke 91 dan 93 telah menamatkan impian Malaga untuk layak ke separuh
akhir buat kali pertama. Ini
mengingatkan aku kepada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah musim 1998/99
di mana Manchester United berjaya menjaringkan dua gol pada masa kecederaan
semasa menentang Bayern Munich.
Yang menariknya kepada
keempat-empat pasukan yang layak ke peringkat separuh akhir musim 2012/13 ini
ialah mereka semua pernah memenanginya.
Real Madrid pernah menjadi juara
sebanyak 9 kali diikuti Bayern Munich dan Barcelona
sebanyak 4 kali. Borussia Dortmund juga
pernah memenanginya sekali pada musim 1996/97.
Nampaknya musim ini akan bertambahlah koleksi kejuaraan salah satu
pasukan yang layak ke peringkat separuh akhir ni.
Buat kali pertama juga sejak Liga
Juara-Juara ini diadakan dua kelab dari Bundesliga layak ke peringkat separuh
akhir. Seperti yang diketahui oleh
peminat bola sepak Eropah, selama ini Liga Juara-Juara dimonopoli oleh
kelab-kelab dari La Liga, Barclay Premier League mahupun Serie A.
Pada musim ini juga buat pertama
kali perlawanan peringkat separuh akhir ditentukan secara undian semula. Nampaknya kita kena tunggulah pada hari
Jumaat ini selepas perlawanan peringkat suku akhir kedua Liga Eropah berakhir.
Ramalan aku di peringkat separuh
akhir ialah Bayern Munich menentang Barcelona manakala Borussia Dortmund akan
menentang Real Madrid dan tidak mustahil pertemuan sesama sendiri dari liga
yang sama akan berlaku di peringkat akhir.
Kali terakhir dua kelab dari negara yang sama bertemu di peringkat akhir
ialah pada musim 2007/08 antara Manchester United menentang Chelsea.
Separuh akhir pertama akan
berlangsung pada 23 dan 24 April 2013 manakala separuh akhir kedua akan
diadakan pada 30 April dan 1 Mei 2013 nanti.
*** Ada
kawan-kawan aku cakap yang Liga Juara-Juara Eropah musim 2012/13 ni tak best
sebab tak ada kelab-kelab dari BPL di peringkat suku akhir. Maaf, AKU TAK SETUJU LANGSUNG.
Inilah dia kesebelasan utama pasukan yang paling aku minat, Bayern Munich.
Ini adalah kesebelasan utama semasa menentang Juventus di Juventus Stadium.
Kredit gambar : FB rasmi Bayern Munich
Tiada ulasan:
Catat Ulasan