Assalamualaikum...
Petang semalam aku
menemani isteri ke pekan Banting untuk membeli buku-buku PSRA bagi sekolah
KAFAnya. Dah terlanjur ke sana hati aku
tergerak untuk ke masjid yang sememangnya dah agak lama aku tak ziarahinya
iaitu Masjid DiRaja Sultan Alaieddin, Kampung Bandar yang terletak bersebelahan
dengan Istana Bandar.
Kali terakhir aku ke
sana semasa melakukan cerapan rasmi anak bulan Ramadhan pada tahun 2010. Klik kat sini...
Sebaik sahaja urusan
isteri aku selesai terus kami ke sana. Memandangkan sekarang ni tengah musim
pilihanraya jadi di kiri kanan jalan memang penuhlah dengan bendera parti-parti
yang bertanding. Tambahan pula dari pekan Banting nak ke Masjid DiRaja ni
melalui kawasan kampung. Memang
terasalah kemeriahan pilihanraya ni.
Sampai sahaja aku ke
Masjid Diraja ni aku nampak ada hamparan permaidani di bahagian pintu masuk
utama. Ini mesti ada kerja menggantikan
permaidani baru untuk masjid ni. Yalah,
kalau dah namanya pun Masjid DiRaja mestilah ianya sentiasa dijaga dan dibaiki
apa juga kerosakan yang berlaku.
Maka terpaksalah aku
menunaikan solat Asar di bahagian belakang memandangkan ruang solat utama
tengah dipasang permaidani baru. Tak
mengapalah, yang penting kewajipan terhadapNYA mesti ditunaikan dan dah lama
aku teringin nak menunaikan solat di sini.
Selesai sahaja menunaikan
solat Asar terus aku meninjau keadaan dalaman masjid ini. Kali terakhir aku ke sini dulu tidak
berkesempatan dan kali ni peluang takkan dilepaskan untuk melihat sendiri
senibina masjid ini yang sememangnya aku cukup kagumi.
Cuma kali ni
gambar-gambar yang aku ambil tidaklah menggunakan DSLR. Hanya menggunakan kamera telefon bimbit
Sambung Note II berkapasiti 8 megapixel.
Jadilah daripada tak ada langsung.
Bahagian minbar dari pandangan hadapan
Tiang-tiang berukiran halus yang terdapat di bahagian tepi ruang solat utama
Ayat Kalimah Syahadah yang terletak di bahagian siling ruang solat utama
Ruang pejalan kaki berbumbung yang menghubungkan bahagian kiri masjid dengan ruang wuduk, tandas, dan rumah kakitangan masjid.
Tiang-tiang berukiran halus yang terdapat di bahagian belakang ruang solat utama
Bahagian mihrab masjid
Mimbar masjid yang dipenuhi dengan ukiran seni halus dari sudut kiri masjid
Salah satu sudut yang terletak bersebelahan bilik Bilal
In Sya ALLAH aku akan ke sini lagi bila ada kesempatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan