Jumaat, 14 Februari 2014
BENGKEL PEMBINAAN LAMAN WEB (BLOGSPOT) - AMALI SETERUSNYA
Contoh yang aku buat di sini ialah, KLIK DI SINI untuk ke laman web mengenai pasukan bola sepak negeri Selangor.
Bengkel Pembinaan Laman Web (Blogspot) - Latihan Amali II
Bengkel Pembinaan Laman Web Blogspot
Dah lama benar blog aku ni tidak dikemaskini. Macam yang pernah aku katakan sebelum ini, idea tu ada tapi aku banyak mencurahkan idea-idea tu di Facebook.
Sebenarnya aku dah lama tahu yang Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL), Banting ni sering menganjurkan kursus-kursus pendek yang dibuka kepada umum. Dua minggu lepas aku melayari di laman web KKKL dan terlihat pada tarikh 15 Feb 2014 ada dibuat kursus ni. Memandangkan aku bercuti pada tarikh tersebut, maka tergerak hati nak ikuti kursus ni. Lagipun selama ni aku hanya godek-godek sendiri ajer. Lagi bagus jika ada yang mengajarnya. Biarlah aku mula dari asas balik. Setidak-tidaknya boleh juga aku refreshing balik otak aku ni.
Tentang KKKL pula, ini kali pertama aku ke sini tapi dah banyak kali lalu depan dia. Aku memang biasa kawasan sini sebab selalu ke Baitul Hilal Bukit Jugra ataupun ke Masjid Diraja Sultan Alaieddin, Kampung Bandar. Memandangkan hari ni cuti jadi kawasan KKKL ni agak sunyilah tapi difahamkan ada juga kursus-kursus pendek lain yang dijalankan pada hari dan waktu yang sama.
Harapnya bila dah belajar ni, aku akan terus aktif dan aktif mengemaskinikan laman blog ini. Tak elok dibiarkan ilmu yang dipelajari tu terperam begitu saja.
Selamat belajar buat diriku sendiri dan juga rakan-rakan sebengkel yang kebanyakannya kali pertama belajar membina laman blog.
Isnin, 12 Ogos 2013
Ramadhan pergi Syawal menjelma
Lama juga blog ini tidak bertulis. Kebanyakannya aku menulis secara ringkas di Facebook ajer. Hari ni tiba-tiba terasa nak kemaskinikan laman blog ni.
Masa aku menulis ni sudah masuk 6 Syawal 1434H. Syawal adalah bulan kemenangan bagi umat Islam setelah kita berjuang dengan penuh tabah sepanjang Ramadhan. Sesiapa pun pasti akan merasa sedih apabila meninggalkan bulan Ramadhan kerana kita belum pasti akan bertemu pada Ramadhan akan datang. Aku sendiri dapat merasakan kesedihan itu tambahan pula pada hari terakhir Ramadhan aku berada di tempat kerja.
Kini Syawal pun menjelma. Pasti kita dapat melihat di sana sini suasana penuh keriangan. Pakaian penuh warna warni, sanak saudara kunjung mengunjungi, bermaaf-maafan sesama kita. Ini semua suasana yang biasa kita lihat apabila Syawal tiba. Semua orang bergembira tidak kira miskin atau kaya, tua atau muda. Aku boleh dikatakan beruntung kerana aku dan isteri sekampung dan tempat kerja aku hanya 15km dari rumah. Jadi memang tak merasalah suasana balik kampung beraya ni.
OKlah permulaan ni tak perlulah aku tulis panjang sangat. Apa-apa pun SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN...
Sabtu, 11 Mei 2013
BAHANG PRU 13 YANG SUDAH SEMINGGU BERLALU...
Khamis, 2 Mei 2013
MASJID DIRAJA SULTAN ALAIEDDIN (BAHAGIAN 2)
Selasa, 23 April 2013
PRU 13: PARLIMEN SEPANG DAN DUN SUNGAI PELEK
Ahad, 14 April 2013
RAJA POP MALAYSIA
Khamis, 11 April 2013
LIGA JUARA-JUARA EROPAH PERINGKAT SUKU AKHIR
Isnin, 8 April 2013
Dalam banyak cabang fotografi, subjek yang aku suka 'tembak' selain photojournalist, fotografi jalanan, dan fotografi pengembaraan ialah senibina masjid. Sebenarnya banyak juga gambar-gambar yang aku dah ambil cuma ianya tidak disusun. Ada di dalam thumb drive sana, ada di thumb drive sini. Buat permulaan aku copy paste daripada apa yang pernah ditulis dalam Facebook.
Masjid pilihan aku ini ialah MASJID DIRAJA SULTAN ALAEDDIN, KAMPUNG BANDAR, BANTING.
Gambar ni aku ambil semasa nak ke Baitul Hilal Bukit Jugra, Banting untuk buat cerapan rasmi anak bulan Syawal 1431H. Walaupun dah banyak kali aku ke kawasan ni tapi belum pernah lagi singgah di masjid ni dan aku shootlah sedikit gambar. Tapi tulah tak dapat nak shoot banyak dan lama sebab ada kerja lain yang perlu dibereskan dan hujan pun dah mula turun. Memang cantik masjid ni.
Masjid ini telah dibina dalam Kampung Bandar pada tahun 1924 oleh Almarhum Sultan Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa. Masjid ini telah dirasmikan oleh baginda pada tahun 1926. Dan pernah dijadikan Masjid Negeri Selangor pada zaman itu. Ia dibina atas ilham baginda sendiri dan baginda sering membaca khutbah jumaat di masjid ini. Dari segi rekabentuk masjid ini menerima pengaruh dari kerajaan Deli, Medan. Ini berkemungkinan di Sumatera Utara selain daripada ajaran agama islam, unsur-unsur senibina dan sosial masyarakat dari daerah tersebut telah diterapkan pada senibina masjid. (sumber: Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor/PADAT).
Terdapat sedikit perbezaan maklumat yang dinyatakan oleh PADAT dengan yang aku perolehi di masjid ini (rujuk gambar ke-2). Pada makulmat yang dinyatakan itu masjid ini dibina pada tahun 1905 serentak dengan pembinaan Istana bandar yang terletak bersebelahan dengan masjid ini. Apa-apa pun Masjid ini telah pun diwartakan sebagai Monumen Lama dan Tapaktanah Bersejarah di bawah Akta Bendapurba pada tahun 1980.
Bagi aku ini adalah salah satu masjid yang cukup tinggi nilai senibinanya. Kalau aku ada ke sana pasti masjid ini akan menjadi tempat persinggahan untuk menunaikan ibadah solat. Tambahan pula Imam masjid ini memang aku kenal rapat malahan kami pernah menjadi rakan sebilik semasa berkursus di Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS), Sabak Bernam. Selain itu Imam masjid ini sering dipanggil untuk mengiringi bacaan surah Yassin dan tahlil arwah setiap kali Cerapan Rasmi bulan Ramadhan dan Syawal dibuat di Baitul Hilal Bukit Jugra yang terletak kira-kira 5km dari masjid ini.
Rindunya aku dengan masjid ni...
Ahad, 7 April 2013
Tak kemaskini blog...
Tak ada masa? Sibuk dengan kerja? Lebih banyak menulis di Facebook atau Twitter? Itulah yang sering berpusing di fikiranku apabila berbicara mengenai laman blog ini yang kurang aktif. Hajat di hati memang ingin aktif kembali dan harapnya kali ini menjadi kenyataan.
Rasa menyesal juga kerana membiarkan blog ini tidak dikemaskini dengan apa-apa cerita ataupun kisah hidup aku sendiri yang dirasakan boleh dikongsi bersama dengan pembaca. Buat rakan-rakan yang selalu berhubung dengan aku di FB memang akan selalu membaca apa yang aku tulis di sana. Nampaknya aku tak boleh biarkan blog ini tidak dikemaskini. Kena rajin menulislah selepas ni ya.
In Sha ALLAH aku akan cuba sedaya upaya menghidupkan kembali blog ni. Sayang rasanya jika ia tidak diisi dengan apa juga ilmu yang dapat dikongsikan bersama.
Tunggu ajerlah ya...
Ahad, 26 Februari 2012
Masjid Al-Ulum, Kampung Bukit Bangkong, Sepang.
Assalamualaikum...
Apa-apa pun sekalung tahniah buat semua Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah masjid ini yang berjaya memenangi tempat kedua Masjid Terbaik daerah Sepang.
Sabtu, 25 Februari 2012
Minum pagi
Assalamualaikum...
Khamis, 24 November 2011
Keluargaku...
Inilah dia isteri dan anak-anakku yang amatku sayangi...
Senjakala
Apabila berbicara tentang fotografi, waktu matahari terbenam sememangnya menjadi kegemaran aku dan sekiranya berpeluang berada di tepi pantai pada waktu tersebut pasti suasana itu akan dirakamkan sebagai kenangan terindah.
Tahniah pasukan bola sepak bawah 23 tahun Malaysia
Rasanya masih tidak terlambat untuk penulis ucapkan tahniah kepada pasukan negara kita yang berjaya di Sukan SEA 2011 di Palembang dan Jakarta. Kejayaan paling manis sudah tentulah hadir daripada pasukan bola sepak kita yang berjaya menewaskan pasukan tuan rumah Indonesia.
Kemenangan pasukan bola sepak negara boleh dianggap satu kejayaan besar. Kenapa penulis berkata demikian? Pertama: Malaysia berjaya mengekalkan pingat emas dalam acara bola sepak yang sebelum ini dimenangi semasa Sukan SEA 2009 di Laos. Kedua, kejayaan ini dikecapi di hadapan kira-kira 100,000 orang peminat fanatik Indonesia. Bukan sekali Malaysia menghadapi situasi sebegini malahan kalau diikutkan sejak dari tahun lepas sudah 4 kali. 2 kali semasa di kejohanan Piala AFF Suzuki dan 2 kali juga di Sukan SEA 2011 ini.
Apa-apa pun penulis harap kejayaan ini dapat diteruskan dengan cemerlangnya pada masa-masa akan datang ini. MALAYSIA BOLEH!!!!!!!!!!!!!!!
Gambar di atas ini penulis rakamkan sebagai kenangan manis semasa perlawanan akhir pusingan pertama kejohanan AFF Suzuki tahun 2010 di mana pada masa itu pasukan negara kita berjaya menewaskan Indonesia dengan jaringan 3-0 do Stadium Nasional Bukit Jalil.
*** Tak sabar nak tunggu bermulanya Liga Super musim 2012 ni. Nak tengok kelibat Haji Irfan Bakti menerajui pasukan Selangor.
Dah lama tak kemaskinikan blog
Assalamualaikum,
Pertama sekali ingin diberitahu bahawa sudah agak lama blog ini tidak dikemaskini. Sudah lebih dari setahun. Banyak masalah yang dihadapi oleh penulis sepanjang setahun ini yang agak membataskan masa untuk mengemaskini lama blog ini. InsyaALLAH selepas ini blog ini akan mula dikemaskinikan selalu untuk dikongsi bersama dengan rakan-rakan bloggers sekalian.
*** Kena cergas balik ni wei...
Selasa, 1 Jun 2010
Apa ke benda Lot 1766 tu?
Lot 1766? Lot tanah kat mana tu. Hahahahahahahahahahaha....
Sebenarnya, itulah nombor lot tanah rumah kedua ibu bapaku yang terletak di Kampung Salak Tinggi, Sepang. Aku mulanya buntu apa nama nak digunakan masa sign in blog ni dan secara tiba-tiba aku terbaca nombor lot tanah orang tuaku. Terus aku gunakan nombor lot tu sebagai nama blog aku.
Rumah ni terletak di tepi jalan dari arah Bandar Baru Salak Tinggi ke Sepang/PD atau LCCT/Kargo. Jadi memang sentiasa sibuklah dengan kenderaan yang tak putus-putus bertali arus baik siang mahupun malam. Ingat lagi masa aku kecil, jalan depan rumah ni siap boleh baring-baring lagi. Tapi nak buat macam mana. Inilah dinamakan pembangunan yang selari dengan terbinanya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur @ KLIA.
Semoga rumah ini akan terus berdiri kukuh di atas tanah lot 1766 ni walaupun telah beberapa kali rumah ini dilanda banjir kilat.
*** Masa aku kecil dulu tapak rumah ni adalah dusun durian arwah atuk aku. Aku selalu menemankan atuk tidur di pondok sambil menunggu durian gugur.